Assalamualaikum.
Aku pernah terbaca satu statement di facebook :
Kita belajar sungguh-sungguh, tak tidur malam dan sanggup tak makan ikut waktu dalam bulan exam semata-mata nak belajar, solat cukup lima waktu. Tapi bila keluar result exam, keputusan yang kita dapat tak setimpal dengan apa yang kita usahakan. Salah siapa? Cuba check balik silap dimana.
Mungkin kau solat cukup waktu tapi sering solat di akhir waktu. Itu pun solat laju-laju sebab dah nak habis waktu.
Belajar bagai nak gila, tapi lupa nak minta pertolongan dari Allah. Kan lebih elok kalau bangun malam buat solat sunat dua rakaat. Tak pun sebelum mula belajar, kau mulakan dengan solat hajat dua rakaat. Perkara yang mudah kadang-kadang kau sendiri yang buat susah.
Kalau berlaman sosial sampai dua tiga jam tak rasa susah pulak? kat situ tanpa kau sedar kau dah penuhkan buku catatan sebelah kiri dengan dosa-dosa yang kau tak sedar. Tengok gambar perempuan/lelaki dan like gambar yang tak tutup aurat dengan sempurna,maki hamun bergosip dan mengumpat, bersosial lelaki perempuan tanpa batasan. benda nampak simple tapi tetap berdosa kan?
Dengan mak ayah kau, berapa kali kau telefon dia orang waktu kau belajar jauh dari dia orang? berapa kali kau balik kampung nak jumpa dengan mak ayah kau? kau je nampak macam mak ayah ni tak kisah. Tapi kau yakin ke mak ayah kau memang tak kisah? Bila mak ayah ada kecik hati walaupun peratus kecik hati tu sekecil zarah, kau tetap tak patut buat mak ayah kau mcm gitu. kredit berapa ringgit sangat nak telefon dia orang. Duit habis buat beli belanja lain tak rasa sayang, nak call mak ayah pun masih nak berkira? Cuba bandingkan belanja harian dia orang dekat kau dengan belanja kau untuk telefon dia orang kat kampung.
Cuba check balik hati. Kalau nampak macam mana rupa hati sekarang yang penuh dengan perkara-perkara mungkar, mungkin kau pun tak sanggup nak tengok hati sendiri. Cuba ingat balik berapa banyak kali kau baca al-Quran berbanding baca benda mengarut kat laman sosial.
Cuba check balik dalam diri kau. Pernah tak kau buat benda yang kau dah tahu berdosa tapi kau tetap nak buat juga?
Bersyukurlah kau masih sedar bahawa sesuatu perkara yang kau buat tu adalah satu dosa sbb Allah masih bagi hidayah dan peluang kat kau untuk berubah. Tinggal kau je yang nak ada usaha atau tak untuk berubah.
Kalau kau dapat ubah semua sifat mazmumah dalam diri kau kepada sifat mahmudah, Insya Allah bukan setakat keputusan exam kau je yang bagus, tapi seluruh hidup kau Allah berkati.
Ini bukan dakwah sentap k. Aku banyak tuju pada diri sendiri yang makin dewasa ni makin rasa jauh dengan Allah. Kadang rasa rindu nak jadi budak kecik je duduk dengan ibu ayah dan tak campur macam-macam orang. Tapi apa boleh buat, dah dewasa ni lah kena bagi ujian kat diri sendiri mampu ke tak bendung perkara tak baik bila ibu ayah dah jauh dari diri kita. Kalau tak, dulu ada ibu ayah yang selalu bagi nasihat dan jaga anak dara dia ni. Huhuhu
Okaylah. sekian dari seorang gadis yang mendapat sedikit suntikan kesedaran. :D
Nota kaki : Alhamdulillah result tak menghampakan walaupun tak sebaik mana. Tapi puas hati dengan peratus puas hati 60% . Sebab tu muncul post sedarkan diri sendiri ni. HUHU
*GAMBAR CURI DARI GOOGLE.
No comments:
Post a Comment