Wednesday, August 6, 2014

Raya Raya Raya !


Assalamualaikum.
Tiba-tiba tergerak hati nak post entry dua tiga patah perkataan. Lagipun tak ucap lagi Selamat Hari Raya pada diri sendiri. duk sibuk selamat hari raya dekat orang lain. Maka hari ke sepuluh pada bulan syawal ni, SELAMAT HARI RAYA NURUL MADIHA. MAAF ANDAI ADA TERKASAR TERANIAYA DIRI SENDIRI. Moga diampunkan segala salah silap ^_^

Apa beza sambutan aidilfitri tahun ni dengan tahun lepas? Hmm baaanyak sangat beza. Contohnya colour baju raya. Tahun ni tema brown. Hari raya pertama je aku pandang ibu, ayah, abang, adik-adik dah macam cekelat. Perasaan nak makan cekelat tu membuak-buak. Teruk nauuu Madiha tengok Family sendiri pun berselera. Manusia zaman bila Madiha ni? =.=

Lagi, raya tahun lepas belum masuk universiti. Tahun 2014 baru kenal kawan baru. So tahun ni bertambah kawan-kawan dari uni yg nak ucap Selamat Hari Raya. Nasib baik ada whatsapp. Semorang aku wish kat whatsapp jaa. Ada lah dua tiga orang yang masih wish guna sms hantar satu sms satu sen gara2 takde line internet kat kampung depa. Beriyaaa Madiha kata orang. Senasib je dengan kampung awak Madiha oiii. Ngeeee.

Nak cerita semua yg berbeza sampai tauliah karang tak habis. So far raya tahun ni nak kata seronok sangat, takdelah hundred percent seronok. Dapat pegi beraya ziarah saudara mara, berkumpul sepupu sepapat pun dah rasa bahagia. At least kenal sedara boleh tegur kalau bertembung dekat shopping mall ka, pasar malam ka. . Walaupun duit raya tak dapat macam dolu dolu zaman hingus pun ibu tolong lapkan. Dah besar ni seganlah nak amik duit raya kalau orang hulur. kadang saja buat terkejut, "ehh, duit raya!" padahal dalam hati kemain lompat si katak lompat sambil tangan duk capai duit raya tu. HAHA.

Dikesempatan ni, aku nak ucap SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua yang terbaca entry ni. juga kepada family, sepupu sepapat, pakcik makcik, jiran tetangga, kawan tadika, kawan sekolah rendah, kawan sekolah menengah, kawan tuisyen, kawan matrik, kawan uni dan semua yang mengenali seorang Madiha ni. Yeah aku juga manusia biasa yg selalu buat salah silap antara sedar atau tidak antara sengaja atau tidak sengaja. Ampun yaaaa . :)

Nah, aku belanja tiga gambar raya.

kawan SEGA. Memang yang boys tu semua pemalu nak pandang camera.


Ex Classmate KMJ. Bertiga pun riuh belum lagi satu kelas berkumpul.


Tak tahu apa motif gambar ni. mungkin nk tunjuk belum berkumpul semua sepupu dah nampak lelaki  mendominasi gambar atas ni.

___________________________________________________________________________________________
Nota kaki : Kalau boleh patah balik masa, aku harap sangat dapat ubah semua yang aku sangat tak inginkan berlaku. Tapi semua dah pun berlaku. Jadi aku perlu hadapi dengan chill dan matang. Tapi kewujudan manusia2 yang tak tahu jalan cerita sebenar dan hanya menunding jari pada sebelah pihak buat aku rasa nak makan kunyah sampai hancur kasi sampai diorang paham bahasa. Haihh!

OK lah. Selamat Hari Raya lah. Kosong-kosong lah. No Hurt Feeling lah. Hurt sikit-sikit ja. okay dah. HAHA.

Byeeeee. Wassalam :)