Kek Coklat Moist

RESEPI KEK COKLAT MOIST

Assalamualaikum.
Memandangkan ada yang tanya resepi kek coklat yang selalu aku buat, so nah! resepi ni dapat masa kali pertama nak buat kek birthday untuk buddy PALAPES. Masa tu bulan ramadhan memang tak dapat rasa and tak tahu langsung rasa dia macam mana. Ida conduct dari Negeri Sembilan sana haa since aku tak pernah buat kek sendiri. Hasilnya memang nice! 


Bahan-bahan

Bahan A:
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair
  • 3/4 cawan susu pekat
Bahan B:
  • 3 biji telur gred B
  • 1 penutup esen vanilla
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
Topping (Moist Choc)
  • Coklat masakan
  • Serbuk koko
  • Butter
  • Susu Cair
  • Susu pekat
Krim (Untuk tulisan atas kek)
  • 1/2 Butter
  • 2 sudu besar shortening
  • 3/4 cawan gula icing
  • 1 penutup esen vanilla
Cara-cara:
  1. Masak bahan A diatas api. Kacau sehingga semua bahan sebati kemudian tutup api.
  2. Di dalam bekas lain, pukul telur sehingga kembang.
  3. Kemudian masukkan bahan A didalam telur dan masukkan esen vanila kemudian pukul sehingga sebati.
  4. Masukkan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat.
  5. Pukul lama kemudian masukkan didalam loyang untuk dikukus.
  6. Kukus selama 1 jam atau sehingga kek coklat masak. Sementara kuku kek coklat, buat krim untuk kek coklat.
  7. Pukul butter dan shortening sehingga kembang.
  8. Masukkan gula icing dan esen vanilla. Apabila sudah terhasil krim, masukkan krim tersebut didalam plastik . Ikat kemas dan gunting sedikit hujung plastik dan simpan didalam peti.
  9. Untuk topping, masukkan semua bahan didalam kuali dan kacau sehingga tiada ketulan.
Nota kakiUntuk menghasilkan tekstur yang pekat tanpa menggunakan coklat masakan, gantikan dengan tepung custard 2 sudu besar. 

Cara menggunakan tepung custard:

  • Kacau susu cair, tepung custard dan serbuk koko didalam bekas lain sebelum panaskan atas api. 
  • Setelah sebati, panaskan diatas api dan masukkan semua bahan untuk membuat topping. Kacau sehingga sebati.


Tak nampak mcm kek coklat kan? Memang la sebab dah hias dengan kitkat and nips. Takde gambar kek sebelum dihias. Nanti bila-bila kalau buat lagi aku belanja gambar okayyy. Kek atas ni buat masa abang nak bertunang untuk hantaran ke pihak perempuan. Tunang lepas zohor. Tunang abang cakap belum malam lagi kek dah habis sebab sedap sangat. Cewah kembang hidung jap. Kihkih.

Okay, selamat mencuba ;)


No comments:

Post a Comment