Kek Red Velvet Moist


RESEPI KEK RED VELVET MOIST




Sumber : secubit garam

Bahan-bahan:


Bahan A

  • 2 cawan tepung kek / superfine
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bicarbonat
  • i sudu kecil garam
Bahan B
  • 1 cawan buttermilk (Resepi di bawah)
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu besar perwarna merah
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air panas 
  • 2 biji telur gred A
  • 1sudu kecil Esen vanilla
Topping:
  • 250g creamcheese / 1 ketul
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1/2cawan gula
  • 1 sudu besar jus perahan lemon
Bahan buttermilk:
  • 1 cawan susu segar / susu cair
  • 1 sudu besar cuka a[pple cider / cuka putih
Cara-cara:
  1. Sediakan buttermilk - Campurkan semua bahan untuk penyediaan buttermilk. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
  2. Satukan bahan A ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  3. Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
  4. Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45 minit. Kek ini boleh juga dikukus. 
  5. Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.

No comments:

Post a Comment