Tuesday, August 4, 2015

Renungan Buat Diri Sendiri.

Assalamualaikum.




Aku pernah terbaca satu statement di facebook :

Kita belajar sungguh-sungguh, tak tidur malam dan sanggup tak makan ikut waktu  dalam bulan exam  semata-mata nak belajar, solat cukup lima waktu. Tapi bila keluar result exam, keputusan yang kita dapat tak setimpal dengan apa yang kita usahakan. Salah siapa? Cuba check balik silap dimana. 

Mungkin kau solat cukup waktu tapi sering solat di akhir waktu. Itu pun solat laju-laju sebab dah nak habis waktu. 


Belajar bagai nak gila, tapi lupa nak minta pertolongan dari Allah. Kan lebih elok kalau bangun malam buat solat sunat dua rakaat. Tak pun sebelum mula belajar, kau mulakan dengan solat hajat dua rakaat. Perkara yang mudah kadang-kadang kau sendiri yang buat susah.


Kalau berlaman sosial sampai dua tiga jam tak rasa susah pulak? kat situ tanpa kau sedar kau dah penuhkan buku catatan sebelah kiri dengan dosa-dosa yang kau tak sedar. Tengok gambar perempuan/lelaki dan like gambar yang tak tutup aurat dengan sempurna,maki hamun bergosip dan mengumpat, bersosial lelaki perempuan tanpa batasan. benda nampak simple tapi tetap berdosa kan? 

Dengan mak ayah kau, berapa kali kau telefon dia orang waktu kau belajar jauh dari dia orang? berapa kali kau balik kampung nak jumpa dengan mak ayah kau? kau je nampak macam mak ayah ni tak kisah. Tapi kau yakin ke mak ayah kau memang tak kisah? Bila mak ayah ada kecik hati walaupun peratus kecik hati tu sekecil zarah, kau tetap tak patut buat mak ayah kau mcm gitu. kredit berapa ringgit sangat nak telefon dia orang. Duit habis buat beli belanja lain tak rasa sayang, nak call mak ayah pun masih nak berkira? Cuba bandingkan belanja harian dia orang dekat kau dengan belanja kau untuk telefon dia orang kat kampung. 

Cuba check balik hati. Kalau nampak macam mana rupa hati sekarang yang penuh dengan perkara-perkara mungkar, mungkin kau pun tak sanggup nak tengok hati sendiri. Cuba ingat balik berapa banyak kali kau baca al-Quran berbanding baca benda mengarut kat laman sosial. 

Cuba check balik dalam diri kau. Pernah tak kau buat benda yang kau dah tahu berdosa tapi kau tetap nak buat juga? 

Bersyukurlah kau masih sedar bahawa sesuatu perkara yang kau buat tu adalah satu dosa sbb Allah masih bagi hidayah dan peluang kat kau untuk berubah. Tinggal kau je yang nak ada usaha atau tak untuk berubah. 

Kalau kau dapat ubah semua sifat mazmumah dalam diri kau kepada sifat mahmudah, Insya Allah bukan setakat keputusan exam kau je yang bagus, tapi seluruh hidup kau Allah berkati. 


Ini bukan dakwah sentap k. Aku banyak tuju pada diri sendiri yang makin dewasa ni makin rasa jauh dengan Allah. Kadang rasa rindu nak jadi budak kecik je duduk dengan ibu ayah dan tak campur macam-macam orang. Tapi apa boleh buat, dah dewasa ni lah kena bagi ujian kat diri sendiri mampu ke tak bendung perkara tak baik bila ibu ayah dah jauh dari diri kita. Kalau tak, dulu ada ibu ayah yang selalu bagi nasihat dan jaga anak dara dia ni. Huhuhu



Okaylah. sekian dari seorang gadis yang mendapat sedikit suntikan kesedaran. :D
Nota kaki : Alhamdulillah result tak menghampakan walaupun tak sebaik mana. Tapi puas hati dengan peratus puas hati 60% . Sebab tu muncul post sedarkan diri sendiri ni. HUHU

*GAMBAR CURI DARI GOOGLE.

Monday, August 3, 2015

Jem Kaya. blerghhh!

Assalamualaikum


Tadi macam cool dan rileks je sebelum nak check result exam. Sekarang dah depan laptop jadi ketaq lutuit haa nak-nak bila portal dah jammed. Macam biasalah portal akan jammed waktu nak check result, add drop jadual kelas dan nak daftar ko-k waktu mula-mula nak masuk uni. Sampailah aku daftar ko-k yang aku tak minat and now bila tukar ko-k aku terpilih ko-k abang-abang sado. Kah kah!! 

Setiap sem akan ada satu subjek yang aku risaukan. Sem empat ni paling tough subjek inferential statistics. Tapi bila fikir subjek lain, carry mark takde lah bagus sangat. Oleh itu automatik aku akan risaukan semua subjek. Haha. 

Okaylah. Semoga result sem empat ni meningkat sikit lah dari sem lepas. Nak kejar pointer 3.85 tu rasa tak mampu lagi. tapi atleast tak nak yang teruk sangat. kih kih. Bye! ;)

Syawal 1436

Assalamualaikum



Rutin setiap kali syawal lebih kurang sama je tiap tahun. Kadang terfikir nak cari kelainan contohnya, bermaaf-maafan di pagi syawal yang turut disertai dengan menantu ibu dan ayah. Ehhhh, i cakap pasal abang and his future wife eh. :p

Aku dah sah-sah lah terikat dengan perjanjian yang tak boleh berumah tangga sehingga tiga tahun. Dan sekarang tinggal setahun je kontrak akan tamat. Kah! okay okay memang tinggal setahun tapi belum lagi nak fikir dengan serius. Tengok perangai pun tak matang lagi. Bangun subuh kadang ibu yang kejut. Ibu masak tiap hari. tak layak lagi! ya Allah. Apa aku merepek niii lari jauh dari tajuk !

Syawal kali ni aku buat keputusan untuk pulihkan kembali friendship aku dengan seseorang. Dah lama aku pendam perasaan marah, geram, kecewa dan sedih dan akhirnya aku luahkan semua pada dia. Alhamdulillah lepas minta semua penjelasan dan mengaku kesilapan sendiri, kami decide untuk mulakan friendship dari awal. Ya memang aku ramai kawan yg boleh kongsi semua suka duka dengan aku tapi she is my bestfriend before and i love her. Walaupun perangai kami memang jauh beza tapi i need her ! Selama ni aku banyak salah sangka dan overthinking. Sebab tu aku rasa jauhhh sangat dengan dia.

Aku minta maaf atas semua tingkah laku dan tutur kata yang melebihi had sepatutnya. Gurauan aku kadang-kadang kasar tapi aku akan betul-betul bergurau kasar dengan orang-orang yang aku selesa dengannya sbb gurauan aku tak pernah serius. Huhuhu

Aku maafkan semua orang yang pernah buat aku kecik hati. I really mean it. Aku tak nak simpan apape dendam atau perasaan yang tak best dekat orang. 

Selamat hari raya maaf zahir dan batin ;)


Sunday, August 2, 2015

Buang Cerita Lama.


Assalamualaikum



Hari tu aku buka website blog aku. Tiba-tiba keluar coding entah datang dari mana. Dari situ aku decide nak private blog ni and then buat blog baru. Aku ni tak lah rajin sangat nak mengarang cerita tapi suka je ada blog sendiri. Nak buat blog baru pula masalah tak boleh nak guna url yang aku berkenan. Last-last aku tawakal je buang semua coding yang rasa mengarut kat layout. Tadaaaa jadi lah gini ! Nasib baik tak jadi yang merepek sgt cuma ada widget yang hilang. Huhuhu.

Lepas boleh berfungsi semula blog madideyha ni, aku delete semua cerita-cerita lama. Aku nak mulakan kehidupan yang baru. Cewah!! No i mean i'm getting a better life now dan rasanya dah boleh slow-slow buang apa yang tak sepatutnya. Bukan buang semua, cuma sesetengah memori tak perlu disimpan lagi kalau nak move on. 

Ehh pernah tau aku simpan perasaan dekat one of my schoolmate. Then every day i'm writing all about him at my private blog. I keep it to myself until my bestfriend get to know about it. Itu pun lepas main truth and dare dan dia syak sesuatu. HAHAHA. Kelakar bila ingat. Lepas habis sekolah je aku buang blog tu and yahhh dengan cara tu aku dapat move on. 

So moral of the story, kalau rasa betul-betul nak move on, buang semua memori tentang si dia. Memang berat hati nak buat tapi itulah cara berkesan. Wink!





Tuesday, June 23, 2015

Aku masih diperantauan.





Assalamualaikum.



Masih belum terlambat lagi nak ucap selamat menyambut bulan ramadhan pada saudara sesama islam. Dah lima hari berpuasa, lima hari juga berpuasa di negeri orang. Buat Pertama Kalinya. Sebab tu nampak manja sangat tak selera nak makan lah, tak itulah tak ini lah. Lagi-lagi bila dalam whatsapp group family, sepupu sepapat pakat hantar gambar iftar beramai-ramai. (Dulu berangan nak study oversea. Cancel la gini kalau puasa kat negeri orang pun dah mengada-mengada banyak cekadaknyaa. huhuhuhu) Lima hari tak jamah nasi. Iftar dengan makan benda-benda merepek. Terbaru ni, sajalah makan bihun tomyam sebab aku fikir empat hari tak makan benda berat. At last, bihun tak makan. Makan tomyam je. Itu pun tak habis. Teruk juga selera makan aku hilang. Sampai Hazimah dok keluaq ayat-ayat, "Kau bayangkan orang yang tak dapat makan tenenenene . . . ", tapi tetap tak berselera.

 I just wanna go home. I miss my home. my family, my pets. I miss everything in Johor. Lambatnya exam nak habis. Aku dah tak berani tengok ketidakseleraan nak makan yang dasyat sangat ni. Kalau tengok masakan ibu mesti selera datang semula. :(

Bukannya takde gap langsung yang boleh je aku nak balik. Tapi sebab masalah kewangan diri sendiri. Semester ni paling banyak aku bergantung harap pada duit diorang. Asyik nak minta je, aku sendiri segan. Walaupun ibu ayah tak pernah kisah. Bila dah besar ni aku sendiri nampak macam mana susahnya ayah nak cari duit untuk sara keluarga. Dengan adik-adik yang kadang demand sangat. Tapi aku faham. Waktu aku umur diorang pun aku macam gitu. So bila dah besar ni takkan nak susahkan lagi ibu ayah. Nanti adik-adik dah besar, diorang akan faham. 

Exam tinggal dua paper. TAPI dan Business Math. Wish me luck gaiss! Counting days, 8 days left. Lepas habis exam, boleh tarik beg balik rumah! Heee :)

Saturday, January 10, 2015

010/365 : Sabar.


Dua hari lepas, cakap kat cik roommate, "Aku rasa kaki aku dah okay sikit." Ida cuma jawab, "Iyelah tuuu." lepas tu angin bertiup, burung berkicauan ombak membelah pantai. Haha. 

Memandangkan rasa dah sihat sikit, aku pun ambil keputusan nak jalan kaki pergi library. Dengan bawa laptop yang berat entah berapa kilo ni. Saja lah acah-acah bawa bagpack. Jalan jauh sikit jadi lah Jalan Lasak Versi Madiha. Nak jalan lasak versi betul betul punya, tunggu diri tu tak merungut sakit itu sakit ini ye wahai Madiha.


Balik dari library pun jalan kaki juga. Tarik nafas panjang juga bila fikir kena balik jalan kaki. Boleh je call cik roommate minta tolong jemput puan puteri ni kat library, tapi Madiha kan sado lagi gagah perkasa. Apalah sangat library ke dpp tu. Hahaks!!

sampai bilik, menyesal seribu penyesalan. tak buka tudung tak buka stokin terus tidur. Dia punya penat macam baru balik buat latihan lasak. dengan nak layan sakit yang tiba tiba nak singgah semula ni, rasa menyesal jalan kaki tu ada juga lah sebenarnya. Tapi, sampai bila nak duduk diam tak buat apa apa? 

Aku risau sebab nak annual camp. Mana tahu tiba tiba waktu camp memang dah pulih hundred percent, boleh lah join activity. tapi kalau fitness takde macam mana? Tapi kalau dah sakit semula macam mana nak join Madiha? tapi serius taknak duk sajaa je nanti. Tapiiii, tapi  . . macam budak budak ke Madiha ni? :( 

Sabarlah Madiha. Selalu ingatkan diri sendiri untuk bersabar. tapi perkataan yang keluar dari mulut selalu tak sama dengan hati. Jauh dilubuk hati aku sangat sangat sangat down. degil juga diri sendiri tak nak pergi check yang sebenar benar check. Kalau letak menza hari hari takde alternatif lain pun tak boleh juga. BOLEH. cuma lambat lagi kesan positif. Allah tak izinkan lagi kau lasak. Sabarlah Madiha  :')






Tuesday, January 6, 2015

006/365 : Dua Ribu Lima Belas.

Having a great moment with a great people ^_^


2015 dah ! Syukur alhamdulillah aku masih dipanjangkan umur untuk merasakan nikmat kehidupan di dunia ni. Masuk 2015 je maka bermulalah misi mematangkan diri sendiri. Umur dah nak masuk DUA-PULUH-SATU tahun ni toksah lah dok beriyeee tunjuk perangai kanak-kanak depan orang ramai. orang menyampah nak layan.  walaupun belum official dua puluh satu, fefeeling tu mesti ada. ahhh umur cuma angka. Aku masih muda . auww ! 



Semester tiga pun dah nak habis. Sekarang tengah final. see? time minggu exam lah rajin nak update blog. Masuk semester 4, aku nak pegang pada azam baru. Aku nak buat semua kerja secara matang. Contohnya, belajar secara matang. Macam mana tu? tak nak buat assignment last minute. "Hurmmm, bukan ke itu azam kau tiap kali masuk semester baru?". 
Hahahaha. memang pun. Sedih dengan diri sendiri sebab azam sejak semester satu tak tercapai lagi. Sebab tu azam tak pernah berubah.

i think i should find other methods. Cehh speaking pula tiba-tiba. Marah cikgu bm cikgu bi aku campur-campur bahasa. Maafkan saya cikgu. Ampunnn !

Dulu waktu sekolah, cikgu matematik selalu bagi extra exercise suruh bawa balik rumah, buat dan esok hari bincang dalam kelas. Memang seronoklah cikgu suap hari-hari. Aku pula memang suka matematik. Banyak-banyak subjek, matematik paling banyak aku fokuskan. Sampai ibu marah result cuma cantik kat matematik. Tang subjek sejarah, kirim salam waalaikumsalam jelah. Memang tak suka membaca. nak nak fakta. Sebab tu kurang ilmu pengetahuan sekarang ni. kat kepala cuma ada find Y find X squared . square root plus minus sin cos tan. 

panjang penerangan. padahal aku cuma nak bagitahu, azam aku masuk semester 4, upload soalan past year banyak2, buat dan bincang dengan lecturer. Lecturer tak kan nak suap kau macam zaman sekolah dulu. Dah besar ni kena lah pandai berdikari cari alternatif sendiri untuk menuntut ilmu. itu je kesimpulan bagi cerita aku atas ni. 

Sesungguhnya aku patut sedar, belajar di peringkat tinggi ni tak semudah kau sangka. melepaskan kau pergiiii~ ehh ternyanyi ~Bila belajar probability ni, baru aku sedar, susah oiiii subjek ni. Aku cuba nak positif tapi bila dapat soalan, istighfar panjang zikir semua keluar. macam mana aku nak menghadap kertas soalan final nanti ?? baru lah nak insaf kenapa dlm kelas tak fokus hundred percent, kenapa taknak tanya lecturer dlm kelas kenapa itu kenapa ini? Huhuhu

Sebenarnya banyak sangat benda aku fikirkan. semester tiga sem paling tough aku rasa. dari awal sem sampai dah nak habis sem ni, macam-macam dugaan. Moga aku kuat nak menghabiskan semester ni. dengan annual camp nanti, kesihatan diri sendiri yang bila dikira-kira dah empat kali jumpa doktor utk sem 3 ni. ouchh! Rasa nak nangis bila fikirkan. Madiha lately ni memang kuat nangis dan kuat touching. jadi mengada-ngada and sometimes annoying. Kadang tahu orang bergurau, tapi tetap terasa hati. Mungkin baru nampak kelemahan diri dan kadang rasa rendah diri dengan semua orang. Taip ayat berapa kerat ni pun dah start nak sedih. Tak boleh nak layan sangat perasaan ni. Ada kang boleh buat novel cerita sedih aku. Bila kita susah, ingatlah ada orang yang lagi besar dugaannya. Selalu aku pegang kata-kata ni :')

Overall, 2014 is awesome ! Tako tuesday pun hadeeee kau. HAHA. Banyak juga yang berubah pada diri aku sendiri. banyak ke? BANYAK lah agaknya. Tanpa sedar aku dah completed kan beberapa wishlist. Boleh lah tambah list baru alang-alang dah masuk dua puluh satu tahun ni. Hewhew~ Moga apa yang baik terus menjadi baik, apa yang kurang baik, dapat diubah jadi yang baik. :)