Sunday, December 15, 2013

Nama baru semangat baru :)



Semangat annual camp mungkin? Maka terwujudlah nama-nama twitter berkenaan.acecehhh ^_^
Kami buddies takkan terpisah. InsyaAllah :)



Wednesday, December 11, 2013

Madiha Cekelat Pemisah tiada ;)

Assalamualaikum.



Hari ni 11/12/13. Ada apa dengan tarikh ni? Entah. Apa yang aku tahu esok kena hantar assignment Etnik. Daebak! berapa banyak aku dah siap? Hmmm krik krik krik ~

Cekelat dari Langkawi. Terimakasih Zati ;)
Akhir-akhir ni perangai kuat makan makin menjadi-jadi. dan rasanya ke-obses-an aku terhadap yang bernama cadbury, chuncky, sneakers, toblerone, dan lain-lain tu lama dah terkubur. Iyeke? "I don't believe you", kata suara hati. Tapi ia datang kembali menghantui diri ini. Lol

Ini semua gara-gara Encik Assignment. Assignment yg sangat complicated, yg memerlukan pemikiran logik akal, yg kena explore buka google, youtube, yahoo, facebook, twitter membuatkan aku rasa macam nak lempang je Encik assignment tu. Otometik kalau serabut, terus terbayang apapepun jenis cekelat yg mampu buat aku lupa diri kejap. 




and yesss ! bila dah duduk kat UUM ni, buddies aku lah yang kena tanggung derita dengar aku merintih mahukan cekelat. Aku tahu kekadang . .errr bukan kekadang , memang annoying pun kalau hari-hari aku dok cakap benda sama. tapi aku tak peduli , AKU TETAP NAK CAKAP PASAL CEKELAT JUGA ! XD

Dikala sedang mengidam, tetiba nampak ada atas meja. Thanks Kak Tiqah :')
Kek Indulgence dari ibu. Saaaaayang Ibu. Kakak Sayang Ibu :*

Dannnnnnn sekali lagi yes , sebab berat aku naik 500g. perlu gembira atau berduka lara? Grrrrr. Buddy cakap sekarang aku sangat cekeding berbanding kat matrik dulu. yeke? Rasa kesian kat diri sendiri dengar statement tu. Rasa macam tak sihat je kalau kurus sangat ni. Padahal dulu beriye nak kurus sebab nak pakai kebaya purple. tapi kebaya tu dah wasiatkan kat adik. dah takde kebaya dah . Jadi tak kisah kalau nak gemuks. OK ni dah macam menyimpang cerita lain. 

Dari Miss Hafizani. Hewhewwwww ;D

Dekat dah dengan Langkawi. Bukit Kayu Hitam pun ada. dah gatal ni nak gi borong cekelat baaaaanyak banyak! 

Sekian. Kadet duduk sedia! #StatementAkuSorangPaham

Hey memory:
Teringat dulu patah hati dengan crush, menangis sambil makan kitkat. Lol
masa zaman sekolah geng gadis suka bagi cekelat. rindunyaaaa ;')


Thursday, November 21, 2013

post ini tak perlu tajuk.

Assalamualaikum.
Muka-muka ceria masa orientasi. MASA ORIENTASI~

Nak cakap ni. Sebenarnya esok ada presentation. tak prepare apepun lagi. tapi ku gagahi juga tangan ini untuk menaip di sini. mohon orang berkenaan terharu.

Alkisah malam ni memasing tengah stress. yang sorang tu, yang namanya Zati tu kena buat essay sampai seribu patah tumbuh hilang berganti perkataan. Aku tak dapat A+ masa espiem so aku tak tanya pun beliau kena buat essay tajuk apa. Kalau tak kena tolong bagi idea. Huahua. Jahat sungguh guwa malam ni. Ahhh bukan!!! bukan begitu anak-anak. Mak juga sedang mengalami tekanan jiwa tika ini. 

Seorang madiha kalau stress dia akan merepek melalut dan merapu entah pape je. So better jangan cakap benda-benda serius time aku mood perlukan-perhatian-lebih ni. TAKE NOTE!

tapi serius guwa simpati dengan lu buddy. macam mana guwa nak tunjuk yang guwa simpati dengan lu? selain cara tolong lu bagi isi penting essay lu, ada cara lain tak? okay tak payah jawab soalan guwa. lu teruskan buat assignment lu. 

Sorang lagi buddy ni, Amalida cungggg, lagi bertimpa-timpa masalah beliau tanggung. Watlek watpis bro. Lu kental takkan nak nangis.Password management hilang boleh cari lagi. cari kat google. Kbai -.- . Tadi teman Amalida pergi PKU. Kesian~ sepet sebelah dah anak dara tu. Ubat doktor bagi kena habiskan. jangan mengada nak buat amal jariah sedekah kat monyet-monyet kachi. paham? walaupun kau anak angkat, mak bagi kasih sayang semua sama rata. dengar cakap mak ye nak :)

Itu cerita buddies aku. Aku? Entah. aku sendiri tak faham aku ni stress ke tak. HAHA! maybe fikir assignment yg tak tahu bila nak nampak hasil. aku rasa aku dah buat. tapi kenapa macam tak nampak apa yang aku dah buat? sila jawab soalan ini dengan penuh perasaan hiba.

Ohya! annual dinner . tema arabic. ouchhh! nak pakai baju macam dalam cerita aladdin! yang makwe aladdin tu. makwe ke wife? ahh pape lah. yang penting macam gitu lahh. tapi versi tutup aurat. auww! mana nak dapat baju tu? ke nak kena jahit sendiri? buat pakai kain-kain perca. wowwww :O mesti glemer~ gelaran hotsetap-kakak panas-junior hawwtttt semua lekat kat aku nanti. kompom!

Macam ni haaa. nampak tak ? ^_^


Budak kachi. Zati dan ida bersama Hotsetap, Madiha(tengah-tengah)

Okay dah. tu je nak cerita. sekian terima kasih. 



Thursday, November 14, 2013

Keluarga baru :)

Assalamualaikum.
AF-NG intake 25. kekuatan junior 50 orang :)

habisnya cuti midsem maka tamatlah latihan lanjutan bagi kami warga palapes. Nak kata sedih tak dapat balik kampung, mula-mula mmg terasa. Nampak kawan-kawan usung beg balik kampung gambar garfield, dan2 lah rasa nyesal masuk palapes. huahua

serius time ni lah boleh belajar makna berkorban. bak lirik dalam lagu darah satria, "tinggalkan ibu tinggalkan ayah serta sanak saudara~" cewahhhh over pula.

tapi tak tipu, sepanjang latihan mmg tak terasa nak quit. yang konon nyesal memula masuk palapes tu mmg dah tak fikir langsung. mana taknya, hari-hari belajar buat benda baru, walaupun jumpa muka yg sama tiap hari ! :D

dan yang paling penting, kami satu skuad makin rapat. yang dulunya tak pernah nampak muka aku, dah start kenal aku. hari pertama latihan lanjutan aku incharge. farhan punya idea la ni. Konon birthday girl kan time tu~yg asyik lupa nama aku pun ada. Hamidah jadinya. sampai masa dia tulis nama aku kat lantai court futsal, baru dia boleh ingat nama aku sampai hari ni. baguss perangai. 

memula masing-masing macam sopan je perangai. Inter suruh nyanyi pun sonyap jo budak-budak junior ni. tapi bila tinggal kami-kami je, senior takdak, inter takdak, start lah tunjuk taring. nak2 masa ramai-ramai jalan kaki balik dari markas, yg main kejar2nya lain, yg nyanyi kuat-kuat nya lain yg itu yg ini. fuhhhh! yg penting, cuma kami saja tahu perangai sebenar intake kami. cehh!

kadang tak percaya yang tak matang tu umur dah 20 tahun =..=
paling annoying bila start gosip-gosip yg konon mampu menceriakan keadaan.  bak kata asyraf, dalam family besar, mesti ada family2 kecil. Baiklah! tapi semua tu gurauan semata-mata. awal-awal lagi kami dah diberi amaran keras, "dilarang bercinta dalam skuad!"

Harapan aku, kami 50 orang skuad akan kekal sampai tauliah. oh please lah korang jangan terasa nak quit. Yang tetiba rasa nak quit tu meh jumpa aku. Aku nak azankan :3

ok dats all ~ nanti kita sambung cerita ye ! :D


ngap sayot, flower boy dan ipin!




mcm comel je.. mcm comel je..


seminggu berjemur. nampak gelap tak? 

sebahagian ~
 

Wednesday, October 2, 2013

Oktober di Utara !

Assalamualaikum. Hellooo oktober ;)


Mohon take note pada tarikh tiga puluh satu oktober!

Muka Budak Belasan tahun. hewhew

diam tak diam dah sebulan aku duduk kat bumi Sintok Kedah. It's already october and the day will come. whoaaa serius rasa tak ready nak jejak umur 19 tahun. orang yang lahir tahun 1994 semua dah nak masuk umur 20 aku baru je nak merasa umur 19 tahun. nicee ! :D

Kat sini terasa macam cepat masa berlalu. Tapi kawasan kampus tak berjaya lagi nak jelajah semua tempat. sampaikan ada orang luar tanya, "HEP kat mana?" aku pun jawab, "dekat belakang bangunan tu." sambil tunjuk bangunan canselor. macam yakin kan aku jawab. Padahal kedudukan HEP bukan kt tempat yg aku tunjuk tu. Okay rasa berdosa pulak dengan beliau. Harap beliau tak sesat kt situ. fuhhh!

Alhamdulillah aku boleh survive kat sini. Dah boleh jalan sengsorang pergi library. Pergi dewan kuliah. pergi Vmall. Cuma pergi cafe je aku perlu berteman sbb aku tak suka makan sengsorang.Makanya aku akan heret sesape yg aku rasa patut teman aku makan tak kira la sape pun. -.-

Roomate? Alhamdulillah dapat roomate baik. Even dia senior, tp dia takde niat nak membuli junior ye. Kak Zati nama diberi. Dah semester 5 kat sini. Selalu bg aku makan free. terharuuu dilayan seperti sang puteri. okay sangat over. tapi sem ni je dapat sebilik dengan Kak Zati. Next sem aku dah kena pindah dpp BSN. dpp dimana letaknya students Pasukan Pegawai latihan Simpanan. aku sebagai AF-NG intake 25. insyaAllah kalau aku dapat bertahan selama 3tahun ni. :)


ohhhhhmaiiii. Aku lupa esok ade ujian Fard! arghh! okay cerita akan bersambung. Baiii olls !







Tuesday, July 2, 2013

Cerita seorang gadis


haiii nama saya Jenny ~
Tajuk post rasanya dah cukup cantik. Tinggal nak tengok pendahuluan dgn isi penting sekarang ni. Cehh ! aku suke kan buat ayat bajet bajet hot kat blog ni >.<
Dah dua bulan lebih habis matrik. Dan aku masih disini menanti  yg tak pasti. Cewah cewah ! aku mmg gini. Selalu buntu dlm berkata-kata. *menaip sambil feeling dengar lagu blog sendiri*

Malam ni tepat lapan dua puluh malam intenet habis. Sbb tu aku mewajibkan diri sendiri nak post something2 kt sini. Ramai reader kt blog aku ni. Sooo tanak la kecewa kan korang. Hahhhh start dah madiha dgn kecelaruan identity dia . -.-

Tawu tak, byk dah draft utk post kat blog ni. Tp semua sangkut kat tgh2 perenggan. Tak reti buat penutup. Tu la masalah aku time sekolah kalo cikgu suruh buat karangan. Sbb tu spm tak dpt A plus . mohon kali ni idea datang mencurah-curah  seperti . . seperti . . . errr see ! dah stuck kt sini !

Dah lah. Mmg Nampak takde motif  kan post ni. Sebelum aku melalut lebih byk, baik aku stop dulu. Anyway, selamat menyambut ramadhan yang bakal menjelang. Amboii awal gitu  wish dia >.<
Okay . Wassalam :)

Monday, June 10, 2013

Inilah hasilnyaaa


Alhamdulillah. Semua urusan dipermudahkan. Terima Kasih ya Allah. Kau makbulkan doa hambaMu ini :')

Result PSPM 2 keluar jugak akhirnya pukul 12pm 6 June 2013

Dapat jugak aku tebus silap masa sem satu duluuuu walaupun tak capai empat rata. Lepas ditolak tambah darab bahagi, lebih tiga titik lima pointer aku.

Aku tak harap pun dapat empat rata sebab aku tahu tahap mana kemampuan aku. At least dapat buat ibu ayah tersenyum, aku bersyukur sangat.

Dulu sem satu dapat tiga titik empat sembilan. Frust gila woiiii. Menangis bersyair time tu. Si Razlan siap terkejut, "Kau biar betul madi??" haaaa siot je. Ingat aku memain bila sebut pasal pointer?? Haha. tetiba nak angin. Dush!

Alhamdulillah sem dua dapat tebus dengan pointer tiga titik tujuh enam. Sangkut kat ekonomi. Padahal aku risaunya kat bussiness. Patut pun aku tak dapat interview Ekonomi kat UM. -..-

Atas dorongan ibu ayah, kawan-kawan especially geng-studygroup-seminggu-sebelum-final-Ume-dan-Razlan, kawan-kawan matrik, kawan bukan matrik, lecturer KMJ, wahhh! tanpa kalian saya tak berdiri diatas pentas yg penuh gah ini dengan kejayaan dlm kilauan emas ini. Terima kasih uolls bagi kata-kata semangat dan doakan kejayaan Iolls. :')



weh Ume, bukan salah kau aku tak score kat Ekonomi. Aku yang kurang usaha. Malam sebelum exam tu pun aku study sambil baring. Kejap-kejap tertidur. Bila terbangun, sambung baca buku. Tak sampai lima minit tertidur semula. Haaa baguskan. Kesian Cikgu Rifae, Miss Chandramadhi dapat student macam aku. Mohon adik-adik jangan ikut perangai kak Ngah ni haaa.


Tak semua tahu cerita sebenar gambar ini~#terhasil gara2 stress




Wednesday, June 5, 2013

Dugaan Nak Dapat Result



cak! Haaa nampak kan mood aku. Siap boleh main cak bah cak bah gituuu.
Harini 5hb June 2013. Hari kononnya result pspm 2 keluar.

Tahu tak aku punya nebess tu, habis licin satu rumah aku kemas. Sampai dengan adik aku sekali pakat kemas rumah sesama.

Kejap-kejap aku scroll TL. Tutup twitter bukak FB. Yelaaa. Online guna handphone. Takleh minimize. Kenalah bukak satu-satu.

Dah nak dekat pukul 10pagi, matrik-ian semua dah tweet pasal result. Dah tak sabar memasing. Aku? Boleh pulak meroyan kat whatsapps dengan Intan and Mai. Konon nak tutup ketidak keruan hati ni. Berjaya jugak lah. Lepas aku seronok cerita kisah crush zaman tadika. haihhh

KFine. Start pukul sepuluh semua dok bising tak boleh nak check result. Ada budak telefon En. Nizam, En Nizam kata pukul 4 petang baru boleh check online. Arghhh! Dah start dah aku nak meroyan dgn lebih teruk. Takpe Madi. Boleh cool lagi. Dengan tenang aku scroll TL.

"-salam-Dear semua :) tdy sya cntx en hasan. Then dy kta boleh check result lpas kol 12 pm kott. Thanks :)"

Kali ni aku macam caye tak percaye je. Tapi takpe. Aku yang tengah masak tuu, aku teruskan jugak. Pukul 12.17 pm aku check.

"maaf! UserID MA1216526790**** tiada. Sila masukkan UserID yang betul"

Sabar madiha sabar. Ada hikmah semua yg terjadi ni. Aku on fb pulak.  Ahhh berita terkini.

"td en. Nizam sms. Dia kata result keluar esok."

Wahhhh! Ini dah lebih! Mula-mula


10.00 am->12.00pm -> 4.00pm-> ESOK !

Esok pukul berapa pukul pulak kan. Okay dah malas nak check. Esok orang kata dah boleh check, baru aku check.

Hikmah result tak keluar harini, Aku Berjaya kemas rumah dengan rajin dan tulus ikhlas. Hoho.

Doakan aku yawww. Thanks :D 





Wednesday, May 1, 2013

It's ovahhhhhhh !

 
Amaran awal: Entri ini tidak bergambar.

hai cantik hai kacak ! dengan perasaan teruja yang masih tak hilang dari semalam ni, sebelum saki baki perasaan teruja ni hilang , aku nak bagitahu saaaaatu dunia bahawasanya, seorang Madiha telah tamat pengajian di Kolej Matrikulasi Johor ;')

okay. Jom kita masuk dalam mood nak-sedih-tapi-tak-jadi. Pertama sekali aku nak luahkan ketidakpuasan hati pada pengawas yg jaga exam tu. yg tiap kali exam dia yg cakap-cakap kt microphone tu. Last paper lepas pungut Buku Jawapan, beliau cuma kata, "Terima Kasih Atas Kerjasama anda" je. Itu je? tak ada pun kata-kata selamat tinggal. punyalah sebelum beliau suruh keluar dewan tu, aku dok terfikir ayat-ayat terakhir dari beliau. dah terfikir suasana hening suram durjana. Lalu aku pun keluar dewan dengan perasaan hampa.
 
Keluar dewan, terus jumpa member-member. salam, kiss pipi kiri kanan dengan ucapan "Take Care" . Malas cakap banyak. Dah cantik menangis pulak. Tak sesuai. Okay menyampah! Una dengan Mai jumpa aku nangis. Intan, memang tak lah nak sedih. Duduk satu pekan. boleh jumpa bila-bila. Awek pulak tak menyempat nak balik. aku jumpa dia sebab nak pulang barang. Aku punyalah dah ready dengan ayat sesedih nak luahkan kt dia. tak sempat apa-apa dia dah cakap,"cepat wehh, Macha dah sampai."erkkk, sekali lagi aku hampa.

Siap jumpa semua, terus jalan laju-laju. Ibu kata datang berdua je dengan ayah. tup tup aku nampak sorang lagi makhluk dalam kereta. ohh terharu. Abang balik semata-mata nak jemput aku pulang ke rumah. Haha. Okay tipu. Abang balik sempena hari ngundi sebenarnya. Dush!

aku angkat barang sorang2. luggage, kotak, beg buku, beg coklat uul bagi, beg hijau beg biru baldi. sbb lelaki tak boleh naik blok. Nasib baik aras 1. kesian awek aras 4. huhu. Ibu tolong pegang bantal rerama, bantal barney, bantal coklat kecik. Haha. perlu ke aku senaraikan semua tu??? 

Ibu terkejut aku punya bantal kecik-kecik tu banyak. Eh, mana boleh tinggal. satu Nora bagi. Satu lagi Jay bagi. Bawak satu je karang rasa tak adil. cehh alasan! padahal aku tidur kalau tilam pun boleh peluk, mmg aku peluk wa cakap luu. hey hey madiha, sopan sikit ayat ! 

Last sekali salam salaman dengan budak bilik dan jiran depan bilik. Ain, Dayah, Piqa roomate aku. Yang dah tahu semua perangai tahpape aku kat dalam bilik. Harap mereka simpan rahsia elok-elok. fuhhh! orang depan bilik yg makin rapat bila dah nak habis matrik. Dah lah bilik depan tu detect wifi kmj kuat. Kalau aku tahu dari awal, dah lama aku lepak bilik tu. adehh.

Okay done. tu je nak cerita kat sini. aku lapar nak pergi makan. Sekian terima kasih.