skip to main |
skip to sidebar
It's ovahhhhhhh !
Amaran awal: Entri ini tidak bergambar.
hai cantik hai kacak ! dengan perasaan teruja yang masih tak hilang dari semalam ni, sebelum saki baki perasaan teruja ni hilang , aku nak bagitahu saaaaatu dunia bahawasanya, seorang Madiha telah tamat pengajian di Kolej Matrikulasi Johor ;')
okay. Jom kita masuk dalam mood nak-sedih-tapi-tak-jadi. Pertama sekali aku nak luahkan ketidakpuasan hati pada pengawas yg jaga exam tu. yg tiap kali exam dia yg cakap-cakap kt microphone tu. Last paper lepas pungut Buku Jawapan, beliau cuma kata, "Terima Kasih Atas Kerjasama anda" je. Itu je? tak ada pun kata-kata selamat tinggal. punyalah sebelum beliau suruh keluar dewan tu, aku dok terfikir ayat-ayat terakhir dari beliau. dah terfikir suasana hening suram durjana. Lalu aku pun keluar dewan dengan perasaan hampa.
Keluar dewan, terus jumpa member-member. salam, kiss pipi kiri kanan dengan ucapan "Take Care" . Malas cakap banyak. Dah cantik menangis pulak. Tak sesuai. Okay menyampah! Una dengan Mai jumpa aku nangis. Intan, memang tak lah nak sedih. Duduk satu pekan. boleh jumpa bila-bila. Awek pulak tak menyempat nak balik. aku jumpa dia sebab nak pulang barang. Aku punyalah dah ready dengan ayat sesedih nak luahkan kt dia. tak sempat apa-apa dia dah cakap,"cepat wehh, Macha dah sampai."erkkk, sekali lagi aku hampa.
Siap jumpa semua, terus jalan laju-laju. Ibu kata datang berdua je dengan ayah. tup tup aku nampak sorang lagi makhluk dalam kereta. ohh terharu. Abang balik semata-mata nak jemput aku pulang ke rumah. Haha. Okay tipu. Abang balik sempena hari ngundi sebenarnya. Dush!
aku angkat barang sorang2. luggage, kotak, beg buku, beg coklat uul bagi, beg hijau beg biru baldi. sbb lelaki tak boleh naik blok. Nasib baik aras 1. kesian awek aras 4. huhu. Ibu tolong pegang bantal rerama, bantal barney, bantal coklat kecik. Haha. perlu ke aku senaraikan semua tu???
Ibu terkejut aku punya bantal kecik-kecik tu banyak. Eh, mana boleh tinggal. satu Nora bagi. Satu lagi Jay bagi. Bawak satu je karang rasa tak adil. cehh alasan! padahal aku tidur kalau tilam pun boleh peluk, mmg aku peluk wa cakap luu. hey hey madiha, sopan sikit ayat !
Last sekali salam salaman dengan budak bilik dan jiran depan bilik. Ain, Dayah, Piqa roomate aku. Yang dah tahu semua perangai tahpape aku kat dalam bilik. Harap mereka simpan rahsia elok-elok. fuhhh! orang depan bilik yg makin rapat bila dah nak habis matrik. Dah lah bilik depan tu detect wifi kmj kuat. Kalau aku tahu dari awal, dah lama aku lepak bilik tu. adehh.
Okay done. tu je nak cerita kat sini. aku lapar nak pergi makan. Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment