skip to main |
skip to sidebar
I Miss Everybody!
1st August 2021.
Today I decided to re-read all my previous karangan-merepek-meraban in my blog!
Lepas baca semula semua hasil ketuk-ketuk keyboard dulu banyak juga idea yang mencurah-curah. Aku ingat lagi member cousin kata dia suka baca blog aku. Tang mana suka aku pun tak pasti sebab semua aku cerita pasal life aku dengan nada dramatik je. Haha
Sebenarnya, aku buka balik blog ni sebab aku rindu dengan life lama. Tanpa pandemik, tanpa pakai mask setiap masa, tanpa perasaan risau nak kemana-mana. Now semua perlu dikawal dan yang paling sedih sekali tak dapat jumpa family di kampung. It almost a year!! Lantak la orang nak cakap belum setahun atau orang lain lagi lama tak jumpa. Aku tak layak rasa sedih ke bila aku tak boleh jumpa family sendiri?
Stuck dalam rumah, emosi tak stabil, Lifestyle kurang sihat. Sering rasa sedih dan kadang-kala menangis. Kadang-kadang aku rasa aku dah tak boleh handle hidup macam sekarang ni. Semua benda aku jadi insecure. Semua benda tak best bercampur aduk and sampai tahap aku menangis sebab tak dapat kawal emosi sendiri.
Bila aku baca balik kisah aku kat matrik, kat universiti, kisah family, kawan-kawan timbul rasa rindu pada semua. Alangkah indahnya kalau perasaan indah tu tak pernah pudar dan hilang. Alangkah indahnya setiap perasaan gembira dan bahagia itu sentiasa kekal dalam hati masing-masing tanpa sedikit pun yang kurang.
Tapi siapa kita nak tentukan semua. Allah lebih mengetahui setiap hambaNya. Apa yang aku perlu buat sekarang adalah redha dan terima semua yang dah berlaku. Berdoa banyak-banyak pada Allah. Semua yang berlaku atas kehendakNya.
I know nobody read my blog dah that's why aku berani typing di sini. Siapa je layan blog sekarang. Semua ber-tiktok je. Generasi sekarang dah tak rajin membaca. Hahaha.
Okay bye bye!
No comments:
Post a Comment