Sunday, August 1, 2021

I Miss Everybody!



1st August 2021. 




Today I decided to re-read all my previous karangan-merepek-meraban in my blog!

Lepas baca semula semua hasil ketuk-ketuk keyboard dulu banyak juga idea yang mencurah-curah. Aku ingat lagi member cousin kata dia suka baca blog aku. Tang mana suka aku pun tak pasti sebab semua aku cerita pasal life aku dengan nada dramatik je. Haha

Sebenarnya, aku buka balik blog ni sebab aku rindu dengan life lama. Tanpa pandemik, tanpa pakai mask setiap masa, tanpa perasaan risau nak kemana-mana. Now semua perlu dikawal dan yang paling sedih sekali tak dapat jumpa family di kampung. It almost a year!! Lantak la orang nak cakap belum setahun atau orang lain lagi lama tak jumpa. Aku tak layak rasa sedih ke bila aku tak boleh jumpa family sendiri?

Stuck dalam rumah, emosi tak stabil, Lifestyle kurang sihat. Sering rasa sedih dan kadang-kala menangis. Kadang-kadang aku rasa aku dah tak boleh handle hidup macam sekarang ni. Semua benda aku jadi insecure. Semua benda tak best bercampur aduk and sampai tahap aku menangis sebab tak dapat kawal emosi sendiri.

Bila aku baca balik kisah aku kat matrik, kat universiti, kisah family, kawan-kawan timbul rasa rindu pada semua. Alangkah indahnya kalau perasaan indah tu tak pernah pudar dan hilang. Alangkah indahnya setiap perasaan gembira dan bahagia itu sentiasa kekal dalam hati masing-masing tanpa sedikit pun yang kurang. 

Tapi siapa kita nak tentukan semua. Allah lebih mengetahui setiap hambaNya. Apa yang aku perlu buat sekarang adalah redha dan terima semua yang dah berlaku. Berdoa banyak-banyak pada Allah. Semua yang berlaku atas kehendakNya. 

I know nobody read my blog dah that's why aku berani typing di sini. Siapa je layan blog sekarang. Semua ber-tiktok je. Generasi sekarang dah tak rajin membaca. Hahaha.

Okay bye bye!


Wednesday, February 10, 2021

Kenangan Terindah (Part 3)

AKu dihantar ke wad bersalin tapi kena duduk dulu kat tempat menunggu. Disebabkan waktu tu pukul 6 pagi, doktor pagi  belum masuk shift. Cuma nurse yang ada dan pasang ECG untuk check contraction. 

"kuat juga contraction awak ni"

Waktu tu aku mampu mengiyakan je sebab sedang menahan sakit. Mula-mula malu nak cakap, tapi sebab tak tahan sangat aku pun cakap kat nurse tu, "boleh tak nak pinjam tangan kejap?"

Mentah-mentah dia tolak permintaan aku. Malu sungguh ye. Haha. Sebenarnya waktu tu selain sakit aku rasa sejuk sangat. Aku perlukan sedikit haba untuk kurangkan rasa sejuk sekaligus dapat lega sikit dari sakit contraction. So reda saja laaa. Nurse tu mesti la legend sangat sampai tak kesian dengan ibu mengandung ni. 

Pukul 8 pagi doktor msasuk. Ada dua orang ibu mengandung waktu tu dan sepatutnya akak sebelah aku tu kena bersalin dulu. Tapi doktor berkerut-kerut tengok aku. Lalu dia cakap dgn nurse "Saya check dia dulu la. Nampak mcm sakit sangat."

Legaaa aku dengar. Walaupun doktor tu lelaki tapi aku dh tak peduli sebab kesakitan yang ditanggung sangat menguji iman. Doktor pun check bukaan jalan.... 

"Eh, dah rasa kepala baby ni.. Dah buka 6cm kena tolak masuk labor room sekarang!"

Nurse yang ada kat situ terus dapatkan kerusi roda untuk bawa aku ke labor room. Sementara nak tunggu nurse, doktor suruh aku duduk kejap sbb nak tanya beberapa soalan. WHAT?? Hahahaha. Aku tak ingat soalan apa dia tanya cuma satu soalan ni je melekat dlm kepala, "Sakit sangat ke?"doktor lelaki tu tanya sambil buat muka simpati. Aku cuma mampu mengangguk je sebab tenaga nak habis dah menahan sakit.

Disebabkan aku ada GBS (Group B Streptococcus), nurse kat Klinik Kesihatan banyak kali bagitahu aku untuk pesan pada hospital sebelum bersalin sebab aku perlukan suntikan antibiotik sebelum deliver baby kalau tak bakteria tu akan transfer pada baby.

Dah satu hal aku bagitahu nurse sampai 2 3 kali juga baru diorang aware. Tiba-tiba nurse kata, 

"Awak jangan teran dulu ye. Nak kena amik antibiotik kat farmasi. Kat sini dah habis.'' Ahhh sudahhhh.

Sungguh aku rasa terseksa betul rasa bila kena control rasa nak meneran bila dah rasa nak keluarkan baby sangat2. Tapi aku tunggu juga la sebab aku fikir demi anak aku, tak nak baby sakit lepas keluar nanti. 

Alhamdulillah pukul 9.25 pagi aku selamat melahirkan seorang baby lelaki. Setelah banyak kali kena gunting dan terkejut terkejut tiap kali kena gunting. Lepas tengok anak, sekejap je dapat pegang sbb baby kena bawak ke NICU disebabkan aku ada GBS. Baby kena dipantau dan diberi antibiotik beberapa hari untuk pastikan tak ada jangkitan bakteria pada baby. 

So macam tu la kisah perjalanan aku macam mana permulaan rasa nak bersalin. Hahaha. Mak mak yang lain mesti ada pengalaman indah masing-masing kan. Yang pasti lepas kena jahitan entah berapa jahitan, aku rasa lepas bersalin lagi seksa sebab berhari-hari kena tahan sakit sampai luka kering dan sembuh. At least contraction masa tu je sakit. Hhahaha cehh cehhh.

Kalau tanya aku nak beranak lagi tak? Mesti lah nak! InsyaAllah dengan izin Allah. Cuma sekarang tengah Covid aku cuba untuk tangguhkan niat nak pregnant dulu. Biarlah aku jaga dulu yang sorang ni. Macam-macam penyakit sekarang rasa takut juga nak membesarkan anak. Semoga ibu-ibu yang mengandung, yang ada anak kecil, dapat menjaga diri dan anak sebaiknya. Sama-sama kita berdoa supaya Allah hapuskan segala penyakit berjangkit di dunia ini. Aamiinnnn