Friday, March 21, 2014

Friday, March 21

Assalamualaikum.

Bertemankan semangkuk cekelat yang baru beli di Bukit Kayu Hitam, seorang Madiha telah mengadap loptop untuk menyiapkan assignment beliau. tethering hotspot turn on, click google chrome dan taip http://www.blogger.com . Email dan password dimasukkan lalu beliau klik pada sign in. dan tup! Ini lah hasilnya. Nampak dah niat dan perbuatan masih tiada kimia. #PrayForMadiha


Entri terwujud dek kerana  tuan-tuan puan-puan yang belambak yang memunculkan diri secara tiba-tiba yang datang tanpa diundang. Errrrr ~ 

"cakkkk! kami datang ni~ Hihihihi,"kata tuan puan esaimen kepadaku

makin bertambah kerja, makin tak tahu nak siapkan yang mana satu. yang due date lama lagi tu komfem lah aku tak sentuh lagi. Madiha kan. . macam lah tak kenal. Hah!

apapepun memang kena siapkan yang mana kena submit dalam masa terdekat ni. InsyaAllah next week family nak datang Sintok. So siapkan awal-awal karang takde lah nak risaukan lagi benda-benda ni semua.

Nak tunggu aku sendiri yang balik kampung, paling komfem bulan enam. tu je cuti yang ada. cuti midsem ada latihan . Macam biasa. kekadang dah jemu nak jawab soalan insan2 yang asyik nak tanya "dah beli tiket balik BP?", "cuti midsem balik tak?" . ada jugak sesetengah tu yang dah jemu dengar jawapan aku. Haha. dah tahu jemu yang sibuk dok tanya tu pasai paa ~ 

oklah. Sampai sini saja celoteh kita hari ni. last but not least,

Asyraf a.k.a Acap dan Ida a.k.a roommate ! :D
 moga mereka selamat tiba ke kampung halaman masing-masing. Acap ke Johor. Ida ke Negeri Sembilan. Mohon tak lupa kembali ke yuyuem semula. Kami memerlukan anda berdua. cewahh cewahhh! :p

Sekian ;)

No comments:

Post a Comment