Saturday, November 29, 2014

Semakin jauh.

Perasaan paling worst adalah bila berada dikalangan orang-orang yang kau rapat tapi kau rasa awkward. Aku sendiri ke yang cipta rasa awkward tu? Aku je ke yang perasan sorang-sorang sedangkan yang lain seronok gembira dengan life mereka sekarang? Sedih. tapi tak tahu nak luahkan rasa sedih tu cemane. At last aku mampu berdiam diri je. Siapa aku nak bersuara kan. Aku tak kuat untuk back up diri aku sendiri :(

Tak tahu kat mana silapnya. Kalau ini jalan yang dipilih, teruskan. Bukan aku tak usaha nak pulihkan balik keadaan, tapi aku dah penat. 

Sorry for everything. Thanks for everything. :')




Wednesday, August 6, 2014

Raya Raya Raya !


Assalamualaikum.
Tiba-tiba tergerak hati nak post entry dua tiga patah perkataan. Lagipun tak ucap lagi Selamat Hari Raya pada diri sendiri. duk sibuk selamat hari raya dekat orang lain. Maka hari ke sepuluh pada bulan syawal ni, SELAMAT HARI RAYA NURUL MADIHA. MAAF ANDAI ADA TERKASAR TERANIAYA DIRI SENDIRI. Moga diampunkan segala salah silap ^_^

Apa beza sambutan aidilfitri tahun ni dengan tahun lepas? Hmm baaanyak sangat beza. Contohnya colour baju raya. Tahun ni tema brown. Hari raya pertama je aku pandang ibu, ayah, abang, adik-adik dah macam cekelat. Perasaan nak makan cekelat tu membuak-buak. Teruk nauuu Madiha tengok Family sendiri pun berselera. Manusia zaman bila Madiha ni? =.=

Lagi, raya tahun lepas belum masuk universiti. Tahun 2014 baru kenal kawan baru. So tahun ni bertambah kawan-kawan dari uni yg nak ucap Selamat Hari Raya. Nasib baik ada whatsapp. Semorang aku wish kat whatsapp jaa. Ada lah dua tiga orang yang masih wish guna sms hantar satu sms satu sen gara2 takde line internet kat kampung depa. Beriyaaa Madiha kata orang. Senasib je dengan kampung awak Madiha oiii. Ngeeee.

Nak cerita semua yg berbeza sampai tauliah karang tak habis. So far raya tahun ni nak kata seronok sangat, takdelah hundred percent seronok. Dapat pegi beraya ziarah saudara mara, berkumpul sepupu sepapat pun dah rasa bahagia. At least kenal sedara boleh tegur kalau bertembung dekat shopping mall ka, pasar malam ka. . Walaupun duit raya tak dapat macam dolu dolu zaman hingus pun ibu tolong lapkan. Dah besar ni seganlah nak amik duit raya kalau orang hulur. kadang saja buat terkejut, "ehh, duit raya!" padahal dalam hati kemain lompat si katak lompat sambil tangan duk capai duit raya tu. HAHA.

Dikesempatan ni, aku nak ucap SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua yang terbaca entry ni. juga kepada family, sepupu sepapat, pakcik makcik, jiran tetangga, kawan tadika, kawan sekolah rendah, kawan sekolah menengah, kawan tuisyen, kawan matrik, kawan uni dan semua yang mengenali seorang Madiha ni. Yeah aku juga manusia biasa yg selalu buat salah silap antara sedar atau tidak antara sengaja atau tidak sengaja. Ampun yaaaa . :)

Nah, aku belanja tiga gambar raya.

kawan SEGA. Memang yang boys tu semua pemalu nak pandang camera.


Ex Classmate KMJ. Bertiga pun riuh belum lagi satu kelas berkumpul.


Tak tahu apa motif gambar ni. mungkin nk tunjuk belum berkumpul semua sepupu dah nampak lelaki  mendominasi gambar atas ni.

___________________________________________________________________________________________
Nota kaki : Kalau boleh patah balik masa, aku harap sangat dapat ubah semua yang aku sangat tak inginkan berlaku. Tapi semua dah pun berlaku. Jadi aku perlu hadapi dengan chill dan matang. Tapi kewujudan manusia2 yang tak tahu jalan cerita sebenar dan hanya menunding jari pada sebelah pihak buat aku rasa nak makan kunyah sampai hancur kasi sampai diorang paham bahasa. Haihh!

OK lah. Selamat Hari Raya lah. Kosong-kosong lah. No Hurt Feeling lah. Hurt sikit-sikit ja. okay dah. HAHA.

Byeeeee. Wassalam :)

Tuesday, June 24, 2014

Kerengga?

Errrrrrrrr SERIUS MEMANG AKU TAK BOLEH DGN KERENGGA!
Pagi tadi,

"kakak, tolong petikkan lada kat belakang", Kata ibu.

aku kat bilik. dengar je arahan ibu tu, terus meremang bulu roma. dalam kepala duk kalut fikir ,

"ibuuuu, banyak kerengga kat pokok lada tuuu"

"ibuuu ,taknak petik boleh tak?"

"minta tolong ayah boleh tak?"

sobss. begitu fobia aku dengan serangga yang bernama kerengga ni. Bukan suka suka gedik gedik nak fobia. Ada kisah.

Nostalgia. Masa form three tunggu bas bertiga . Aku , fatin and Atikah. Nak balik rumah. kitorang duk lah bawah pokok. Entah tak tahu pulak nama pokok tu. Situasi depan sekolah.

Tengah berbual tu tiba-tiba rasa macam ada something gigit . kat lengan, kaki, rasa macam ada binatang jalan dalam baju. sakit okay. mula2 sorang je kena. Ehh tiba-tiba tiga-tiga duk terlompat-lompat kat situ. Kerengga masuk dalam bajuuuu !!!

apalagi, kitorang masuk balik dalam sekolah terus hala ke tandas. Sumpah rasa macam errrrr ~ dah lah duk terkinja-kinja tepi jalan besar tu. Memang takde orang lain yang tunggu bas sama. tapi kereta lalu-lalang kat situ banyak owwww

okay bukan sehari tu je kena. Esok harinya pun kena serang dengan kerengga. Aku syak kerengga duk atas pokok tu. Ya Allah, betul aku tak boleh consider dengan haiwan yang namanya kerengga ni.

Tadi paksakan diri juga petik lada belakang rumah tu. nampak kumpulan kerengga main-main kat dedaunan, errrr errrrrrrrr. last2 memang ayah yang tolong petik lada tu. SERIUS AKU TAK PERNAH BERGURAU KALAU BAB KERENGGA. MEMANG TAK BOLEH oiiii. fuuuuu. 

Kadang nampak macam 'owwww mengada Madiha gedik muchhhh dengan kerengga pun takut. minta perhatian lettuwwww' . wowww wowww mai sini aku letak kerengga dalam baju hang then kita tengok sapa yg gedik much! Hahaha. dush!

Okay gertak acah-acah. Nak letak guane, nampak kerengga dari jauh pun dah rasa nak lari keliling dunia. Erk! Byeee

#SatuGambarJeCukup.
#TengokGambarJeDahMeremang
#PerluKeHashTag?

-__-

Tuesday, May 27, 2014

Mood Study Turn On.

gambar tiada kaitan. meowwwwww~

Tak sampai seminggu lagi Final Exam. Tapi masih ada lagi assignment, project, quiz, tutorial yang tak settle. tak tahulah kenapa dah minggu akhir gini baru nak bagi kerja-kerja yang banyak tu. Mungkin sebab chapter baru habis. tapi ada je kot yang boleh bagi awal semester. At last aku jugak yang bengong dok menyiapkan semua. 

All about calculus.
Nak tak nak kena jugak buat assignment sambil buat revision. Nasib tajuk tu aku minat. Senang tangkap apa konspirasi2 yang soalan nak. takde lah aku buat sambil lewa. Hah ! Nak lagi subjek calculus yang sangat berhantu tu. Rasanya tinggal chapter dua terawal yang aku kena struggle habis. Serik seriau datang silih berganti kalau tengok semula markah quiz.

Subjek membaca pulak, satu hapeee pun tak start. Bukan taknak start. Kalau start awal komfem lupa. CONFIRM! dengan pensyarah titas ulang-ulang kata "final exam titas kamu saaaangat sangat susah ! sangat SUSAH ! SANGAT !! saya yang buat soalan pun rasa susah." cemane lah mindset aku tak fikir susah. lecturer sendiri yang dok tekankan gila perkataan SANGAT SUSAH tu. katanya format baru. tak sama dah dengan format lama. sobsss ! format lama pun aku dah macam cannot go je ni kan lagi format baru. Bagilah aku apape subjek membaca, memang aku tingtong. Sedih dengan diri sendiri. Huuuu

Nak exam ni boleh lupakan sat pasal duniawi dan perkara yang melaghakan. Lupakan pasal elaun yang macam dapat tak dapat tu. lupakan kejap pasal nak pi foya-foya dengan awek. Nak pi beli handphone baru. nak pi ziarah panda. Janji awek nak belanja sepuluh keping roti planta. janji nak belanja burgerbyte abang zizang, satay, hmmm apa lagi dia janji nak belanja haritu ye? yang penting memang dia ada janji nak belanja makan.. nanti nak mintak aiskrim dinding pilihan lah ! jahat ke aku sebagai awek beliau mintak beliau belanja? mungkin aku sebenarnya ada pegang share dlm JPA beliau. mungkinnn~ Hahahohoho. Memang jumpa Ume Yana tu untuk makan pun. Balik Batu Pahat karang dah tak payah makan seminggu. Ahaks!

sataaaaayyyyy !


Aiskrim dinding pilihan. wiwiwiwi

burgerbyte yang selalu ume yana sebut2kan~

Fokus pada exam. Ingat balik niat sebenar datang yuyuem ni. Hahaha. Bila nak exam baru nak ingat. Bila exam lama lagi, kemain melaghaaaa sehabis mungkin. dushdush !

Oklah.Sampai sini saja celoteh kita pada hari ini. sambung buat project java. project java buat guna laptop. memang ni lah hasil dia. wiwiwiwi. all the best pada kau, kamu, kalian, awak yang nak final exam jugak. Usaha selagi boleh. Doa tu penting. Solat jangan tinggal ! Bye. Assalamualaikum ;)

Ini lah Ume Yana yang selalu nak lawan siapa- paling-kurus dgn aku. ahaks!


#Tajuk post pasal exam. tapi banyak gambar makanan. APTB lol 

Wednesday, May 21, 2014

Majlis anugerah ;)

Assalamualaikum

Sabtu lepas attend majlis Anugerah-Timbalan-Komandan . Majlis for those yang dapat pointer 3.0 above masa semester satu. Agak serabut jugalah sebab tak boleh pakai baju sebarangan. Perempuan. biasa dah dengan serabut fikir pakai baju apa nak pakai, nak matching kan dengan beg apa, make up nak tebal berapa inci, semua tu diambil kira okay. Tapi tak semua perempuan kot cenggitu. 

Aku dengan roommate rilek je pakai bedak carrie junior dengan lips gloss sikit bagi tak nampak pucat tang muka. Majlis waktu malam. tak perlu kot make up make up mak jemah. bukan majlis dinner pun. 

Buka locker nampak baju biru. Tema majlis kaler biru atau merah. Okay dah cun lah ada baju biru. Roommate pun capai baju biru. corak lebih kurang. ada pulak tudung biru yang sama, cantikkk! aku pandang roommate, roommate pandang aku, "okay kita pakai baju biru!"

kitewww dengan roommate kitewww . ^_^

Siap lilit-lilit tudung, baru teringat. Majlis kat Pusat Islam. Nak pergi Pusat Islam kena naik motor. Nak naik motor kena pakai helmet. arghhhhhh aku dengan roommate menjerit. Rosaklahh tudung rosaklahhhh! perkara biasa jugak. perempuan kan. Setiap apa yang bakal terjadi tu mesti diambil kira. Nak2 lagi bab tudung. 

Seorang Madiha kalau hanya sebab tudung je, satu hari beliau komfem bakal dirundung kegelapan. takde keyakinan diri nak berhadapan dengan setiap mahkluk yang bernafas di atas muka bumi ni walau berhadapan dengan kucing sekalipun. *hyperbola sangattttt*. Kalau perati tudung guwa malam tu pun bukan betul sangat.Bila ditiup angin ia bisa merosakkan. pfffttttt

okay sambung cerita pasal majlis. Dalam dewan dean list duduk tengah2 dewan. Siap ada nama kat kerusi. jelooossssss dengan roommate. bukan jelosss kat kerusi ada nama. jelosss sebab roommate tersenarai dalam dean list. 

Bila agaknya aku nak dapat peluang cenggitu. Masa atas motor dok terfikir, sem depan dapat tak peluang pergi majlis anugerah gini lagi. dapat tak happy2 pergi majlis gini dengan kawan-kawan. Tiba-tiba aku letak diri aku dalam situasi yang aku duduk sorang dalam bilik sedangkan kawan-kawan lain semua pergi majlis anugerah gini. Sedihhh ooooiiiii ! tapi takpa. perasaan sedih tu kita tolak tepi dulu. time dalam majlis, kita happy2 dulu. selfie2 dulu dengan buddies. 

*gambar curi dari Mas Sado*

beriya selfie. Muka sendiri tak banyak punggg. Haha. Orang dok sibuk bergambar dalam dewan, aku dah keluar awal-awal dari dewan. Madiha tak suka bergambar! kahhh penipu ! bukan tak suka. Cuma mood bergambar aku tak lama. tak terdaya guwa nak rampas title dari Mas Sado al-Selfie. guwaa biasa ja jahh. bak kata omputeh, "i'm not a photogenic person" dan guwa agak pemalu bila berdepan camera. kakakaka


muka-muka penerima anugerah ;D

berharap dijemput lagi hadir dalam majlis anugerah sem depan. Berharap jugak dapat duduk tengah2 dewan teman roommate. Hihi. macam dah terlambat tapi tetap nak ucap Tahniah kepada buddy-buddy semua yang berjaya dapat anugerah ni. result semester dua kita bagi lagi gempak ye. Kita ramai2 duduk kerusi yang ada tulis nama kita. InsyaAllah :)


Sunday, April 27, 2014

Rinduku pada kucing. Haha :')


Gara- gara rindukan kucing kat rumah tu, maka terwujudlah post ni. Kadang ada yang pelik bila aku kata rindu kucing sambil tengok gambar2 kucing, usap skrin hengpongg sambil buat bunyi meowwww. Masa tu serius rasa macam nak menjerit-jerit peluk kucing dalam gambar tu sampai kucing tu lemas. Howhow
Selain  ibu, ayah, abang, adik-adik, kawan-kawan sekolah, kawan-kawan matrik, kawan main jambatan sudah roboh, KUCING lah jadi mangsa rindu aku. dok kigheee lah nampak kucing orang, otometik perasaan rindu kat kucingg sendiri membuak-buak. Haha. Normal ke tidak perangai aku ni? Mungkin pencinta kucing akan memahami perasaan yang satu ini. Sobsss

Kadang tengah-tengah malam tak tahu buat apa, bila ternampak tweet dari Emergency Kittens , mampu buat aku meroyan sorang-sorang. Untung roommate pun jenis suka kucing tapi tak berani pegang, haha. Boleh kongsi perasaan meroyan tu bersama. Kah!

Dulu aku ada sekor kucing betina nama Kuntum. Paling sayang lah senang kata. wohooo jahat jugak aku ni. Sampai hati pilih kasih. ISh! Kuntum ni manja sangat, dipeluk dia diam. dicium diam. diselimutkan diam. Sampai aku bawak dia tidur pun dia boleh tidur sama-sama. Kuntum selalu jadi mangsa luahan hati aku. Kalau sedih, kuntum lah dengar. Kalau gembira, kuntum jadi tempat aku peluk2 sampai dia lemas. Mungkin sebab tu dia merajuk sampai bawa diri entah kemana. Serius rindu kuntum :(





Selain kuntum, banyak lagi kot kucing aku. dari sejak nenek moyang diorang aku bela. Sejak aku umur enam tahun mungkin. Lulu Lili Jojo Nomi Cincau Julie Romi Black Juling Shiba wowwww banyak lagi lah sebenarnya dan yang paling latest Kesuma, apa lagi dua ekor tu tah aku tak ingat dah. Nama2 klasik ni semua ibu punya keje. Walaupun ibu tanya idea aku nak bagi nama apa kat anak-anak kucing tu, tapi tetap tak diterima. Mungkin aku memang takde bakat bab letak nama kat kucing ni. Haaa!


Romi (Klik sini) cehhh.








ok cukup sampai sini. tengok kucing lama-lama ni pun boleh mendorong perasaan nak balik rumah tahu tak. Ni baik-baik takde cuti , jangan sampai aku buat cuti sendiri untuk balik rumah. Haha. Assalamualaikum ;)






Sunday, April 20, 2014

Sigh!


Perlu lah nak tunjuk semorang senarai midsem exam, assignment, quiz bagai ni? Banyak memang banyak. Tapi effort nak menyiapkan tu masih tak nampak lagi dimata kasar. Niat dalam hati dah ada. Tiap hari pasang niat nak siapkan. Niat nak settlekan semua.

 But then what happen Madiha? You waste your time with something else. doing nothing! Sometimes I hate myself because I didn't know how to manage my time properly. sobsss!





Friday, March 21, 2014

Friday, March 21

Assalamualaikum.

Bertemankan semangkuk cekelat yang baru beli di Bukit Kayu Hitam, seorang Madiha telah mengadap loptop untuk menyiapkan assignment beliau. tethering hotspot turn on, click google chrome dan taip http://www.blogger.com . Email dan password dimasukkan lalu beliau klik pada sign in. dan tup! Ini lah hasilnya. Nampak dah niat dan perbuatan masih tiada kimia. #PrayForMadiha


Entri terwujud dek kerana  tuan-tuan puan-puan yang belambak yang memunculkan diri secara tiba-tiba yang datang tanpa diundang. Errrrr ~ 

"cakkkk! kami datang ni~ Hihihihi,"kata tuan puan esaimen kepadaku

makin bertambah kerja, makin tak tahu nak siapkan yang mana satu. yang due date lama lagi tu komfem lah aku tak sentuh lagi. Madiha kan. . macam lah tak kenal. Hah!

apapepun memang kena siapkan yang mana kena submit dalam masa terdekat ni. InsyaAllah next week family nak datang Sintok. So siapkan awal-awal karang takde lah nak risaukan lagi benda-benda ni semua.

Nak tunggu aku sendiri yang balik kampung, paling komfem bulan enam. tu je cuti yang ada. cuti midsem ada latihan . Macam biasa. kekadang dah jemu nak jawab soalan insan2 yang asyik nak tanya "dah beli tiket balik BP?", "cuti midsem balik tak?" . ada jugak sesetengah tu yang dah jemu dengar jawapan aku. Haha. dah tahu jemu yang sibuk dok tanya tu pasai paa ~ 

oklah. Sampai sini saja celoteh kita hari ni. last but not least,

Asyraf a.k.a Acap dan Ida a.k.a roommate ! :D
 moga mereka selamat tiba ke kampung halaman masing-masing. Acap ke Johor. Ida ke Negeri Sembilan. Mohon tak lupa kembali ke yuyuem semula. Kami memerlukan anda berdua. cewahh cewahhh! :p

Sekian ;)

Friday, February 14, 2014

Madiha punya cerita

Assalamualaikum.



Ini coursemate saya. :))

Baru perasan. Ini post kedua untuk tahun 2014. boleh lah buat Program, "Satu bulan satu Entry" . Kah! Nampaknya seorang madiha dah takde talent nak mewujudkan post sendiri di blog sendiri. rasanya ada empat post yang hanya tersimpan rapi dalam draf. bukan taknak publish. tapi post tu sesuai untuk bacaan doblas tahun kebawah saje. post titeww punyeww cengitaa, cengitaa kanak-kanak jewww . Panggg ! *kena lempang*

Ahad dah mula kuliah untuk semester dua. aikkk bila masa habis sem satu ni madiha? haaaa ni lah baru nak cerita ni. Alkisah lepas Madiha frust2 sebab kena tinggal sorang2 kat Kachi haritu, dia pun meneruskan jugak hidup di yuyuem. terus belajar untuk final exam. frust2 jugak. Study tu yang penting. 

Maka madiha pun study lah calculus dengan airmata. *okay ini tipu* . dan Alhamdulillah dapat A minus. ehhh motif cerita pasal result? Haha. Saje nak panjang2 kan cerita. Nampaklah macam idea mencurah-curah masa menaip ni.

Sebut pasal result ni, Alhamdulillah result tak mengecewakan. tapi tak membanggakan. Yelah, study pun main2. konon menghafal, tangan main twitter. konon mengira, depan mata laptop bukak running man. mananya ilmu tak keluar semula. dah belajar, gelak2. niceee! Madiha kan, memang tak pernah kenal erti FOKUS. 

Semester dua ni haruslah buang perangai tahpape dalam diri ni. subject makin tough. serious takut sebenarnya nak sambung belajar utk sem dua . nak kawin je terus boleh?? hahaha. okay hambar. ingat kawin senang ke Madiha?? gataaaaaal ! Belajar dulu woii ! lari topik pulak aihhh -.-

Okay cukup sampai sini. kepada saudara saudari cikeboom2, selamat menjalani semester dua. Selamat pulang ke uni masing2. jumpa lagi nanti di menara gading. saranghae ! Hohoho ^_^


Saturday, January 4, 2014

Tinggalkanku, perlahan lahanku terima ~

Assalamualaikum

Disebabkan sedang berduka lara, maka aku mahu luahkan kat sini. Paling pun yang baca si Umeyana, Uul dengan Ama je. Reader paling setia katekoooo. 

Okay blog, hari ni mohon jadi diari saya yang baik ye :)

Sabtu, 4.Januari.2014

musim exam ni, sangatlah sedih bila si buddy-buddy dok pakat tinggalkan aku sorang-sorang kat yuyuem ni. Tiba-tiba rasa sedih sebab tak sama course dengan mereka-mereka. Belajar subjek pun takdak yang sama. Exam pun tarikh lain-lain. Disebabkan itu aku telah ditinggalkan mereka. Mereka di kampung bergelak ketawa dengan family, bergurau senda dengan adik-beradik. Aku? duduk kat meja belajar dan berangan. Huwaaaaaa ! Adakah aku terlalu mengada-ngada, gedik dan sewaktu dengannya? perlu ke aku rasa sedih sebegini? Biarlah mereka nak balik kampung pun. takde kena mengena pun kampung awak dengan kampung mereka wahai Madihaaaa !

Ida kata taknak ganggu aku belajar. Tapi tidakkah beliau sedar bahawa dia telah mengganggu emosi aku bila dengar dia nak balik Terengganu secara tiba-tiba? Aku yang dok meroyan kat twitter nak balik kampung, dia pulak yang secara mengejut beli tiket bas balik pantai timur. Nakal Ida ni. Dia balik yuyuem karang, aku ganyang sampai lumat >.<

Okay rilek chilllll je Madiha. 8 Januari ni dah balik. Fokus je nak exam ni. Haaa fokus hapenye oiiii ! kalau fokus tak terwujudlah post ni ! Grrr ~ yang penting , selagi ada lagi rasa sedih dalam hati ni, aku tak akan memunculkan diri di Twitter atau Facebook. takut karang tertweet benda2 sedih. tak nak buddy2 rasa bersalah. Alaaa takat kat blog ni haa, bukan rajin pun mereka nak baca. hewhewww ~

Cukup sampai sini je. Penuh Emosi post aku nih. tapi tak cukup emosi lagi. Biar perasaan-perasaan lain tu simpan dalam hati je. Haha. ahhh ayat kepoyoan sungguh! 

Esok last exam. Subjek : Calculus I . Masa : 9.oo-11.3o . Tempat : DTSO.

Doakan aku baik-baik saja ya ! terima kasih ;)