Thursday, November 21, 2013

post ini tak perlu tajuk.

Assalamualaikum.
Muka-muka ceria masa orientasi. MASA ORIENTASI~

Nak cakap ni. Sebenarnya esok ada presentation. tak prepare apepun lagi. tapi ku gagahi juga tangan ini untuk menaip di sini. mohon orang berkenaan terharu.

Alkisah malam ni memasing tengah stress. yang sorang tu, yang namanya Zati tu kena buat essay sampai seribu patah tumbuh hilang berganti perkataan. Aku tak dapat A+ masa espiem so aku tak tanya pun beliau kena buat essay tajuk apa. Kalau tak kena tolong bagi idea. Huahua. Jahat sungguh guwa malam ni. Ahhh bukan!!! bukan begitu anak-anak. Mak juga sedang mengalami tekanan jiwa tika ini. 

Seorang madiha kalau stress dia akan merepek melalut dan merapu entah pape je. So better jangan cakap benda-benda serius time aku mood perlukan-perhatian-lebih ni. TAKE NOTE!

tapi serius guwa simpati dengan lu buddy. macam mana guwa nak tunjuk yang guwa simpati dengan lu? selain cara tolong lu bagi isi penting essay lu, ada cara lain tak? okay tak payah jawab soalan guwa. lu teruskan buat assignment lu. 

Sorang lagi buddy ni, Amalida cungggg, lagi bertimpa-timpa masalah beliau tanggung. Watlek watpis bro. Lu kental takkan nak nangis.Password management hilang boleh cari lagi. cari kat google. Kbai -.- . Tadi teman Amalida pergi PKU. Kesian~ sepet sebelah dah anak dara tu. Ubat doktor bagi kena habiskan. jangan mengada nak buat amal jariah sedekah kat monyet-monyet kachi. paham? walaupun kau anak angkat, mak bagi kasih sayang semua sama rata. dengar cakap mak ye nak :)

Itu cerita buddies aku. Aku? Entah. aku sendiri tak faham aku ni stress ke tak. HAHA! maybe fikir assignment yg tak tahu bila nak nampak hasil. aku rasa aku dah buat. tapi kenapa macam tak nampak apa yang aku dah buat? sila jawab soalan ini dengan penuh perasaan hiba.

Ohya! annual dinner . tema arabic. ouchhh! nak pakai baju macam dalam cerita aladdin! yang makwe aladdin tu. makwe ke wife? ahh pape lah. yang penting macam gitu lahh. tapi versi tutup aurat. auww! mana nak dapat baju tu? ke nak kena jahit sendiri? buat pakai kain-kain perca. wowwww :O mesti glemer~ gelaran hotsetap-kakak panas-junior hawwtttt semua lekat kat aku nanti. kompom!

Macam ni haaa. nampak tak ? ^_^


Budak kachi. Zati dan ida bersama Hotsetap, Madiha(tengah-tengah)

Okay dah. tu je nak cerita. sekian terima kasih. 



Thursday, November 14, 2013

Keluarga baru :)

Assalamualaikum.
AF-NG intake 25. kekuatan junior 50 orang :)

habisnya cuti midsem maka tamatlah latihan lanjutan bagi kami warga palapes. Nak kata sedih tak dapat balik kampung, mula-mula mmg terasa. Nampak kawan-kawan usung beg balik kampung gambar garfield, dan2 lah rasa nyesal masuk palapes. huahua

serius time ni lah boleh belajar makna berkorban. bak lirik dalam lagu darah satria, "tinggalkan ibu tinggalkan ayah serta sanak saudara~" cewahhhh over pula.

tapi tak tipu, sepanjang latihan mmg tak terasa nak quit. yang konon nyesal memula masuk palapes tu mmg dah tak fikir langsung. mana taknya, hari-hari belajar buat benda baru, walaupun jumpa muka yg sama tiap hari ! :D

dan yang paling penting, kami satu skuad makin rapat. yang dulunya tak pernah nampak muka aku, dah start kenal aku. hari pertama latihan lanjutan aku incharge. farhan punya idea la ni. Konon birthday girl kan time tu~yg asyik lupa nama aku pun ada. Hamidah jadinya. sampai masa dia tulis nama aku kat lantai court futsal, baru dia boleh ingat nama aku sampai hari ni. baguss perangai. 

memula masing-masing macam sopan je perangai. Inter suruh nyanyi pun sonyap jo budak-budak junior ni. tapi bila tinggal kami-kami je, senior takdak, inter takdak, start lah tunjuk taring. nak2 masa ramai-ramai jalan kaki balik dari markas, yg main kejar2nya lain, yg nyanyi kuat-kuat nya lain yg itu yg ini. fuhhhh! yg penting, cuma kami saja tahu perangai sebenar intake kami. cehh!

kadang tak percaya yang tak matang tu umur dah 20 tahun =..=
paling annoying bila start gosip-gosip yg konon mampu menceriakan keadaan.  bak kata asyraf, dalam family besar, mesti ada family2 kecil. Baiklah! tapi semua tu gurauan semata-mata. awal-awal lagi kami dah diberi amaran keras, "dilarang bercinta dalam skuad!"

Harapan aku, kami 50 orang skuad akan kekal sampai tauliah. oh please lah korang jangan terasa nak quit. Yang tetiba rasa nak quit tu meh jumpa aku. Aku nak azankan :3

ok dats all ~ nanti kita sambung cerita ye ! :D


ngap sayot, flower boy dan ipin!




mcm comel je.. mcm comel je..


seminggu berjemur. nampak gelap tak? 

sebahagian ~